Tuesday, 20 September 2022 | 9/20/2022 | 0 comments
Ujian yang datang tanda Allah masih sayang.Aku bersyukur kerana aku masih diuji. Allah rindu nak dengar aku merintih.
Pada awalnya memang rasa berat untuk terima, rasa macam mimpi. Sekelip mata ianya berlaku. Kuasa dan takdir Allah takkan menidakkan sesuatu. Kun Faya Kun, jika Dia berkendak takkan lambat sesaat dan takkan cepat walau sedetik.
Bila orang cakap, you're free to cry. No.. Aku tak rasa nak nangis pun.. Sebab aku redha. Apa yang akan jadi hak aku akan tetap jadi hak aku walau bagaimana aku menolak. Apa yang ditakdirkan bukan hak aku takkan jadi hak aku walau bagaimana aku inginkannya.
Alhamdulillah aku dikurniakan orang orang yg sangat baik dengan aku. Yang sentiasa ada di sisi dalam apa jua keadaan. Alhamdulillah juga untuk seorang suami yg sangat sangat positif. Asbab positifnya dia lah yg menenangkan hati aku yg pada awalnya agak resah. "Ini ujian kita sayang. Kenapa Allah tak uji sebelum kawin? Sebab Allah nak tengok mcmana kita handle ujian ni sebagai suami isteri. Mesti ada hikmah disebalik semua yg jadi." Waktu ni la baru akhirnya aku nangis. Makin orang comfort makin sedih pulak dah.
Semoga aku kuat dan terus kuat. Semoga ujian kali ini lebih mematangkan aku dan mengajar aku tentang rezeki. Aku letakkan sepenuhnya pengharapan kpd Allah, DIA jualah yg maha kaya, semoga dibukakan jalan yang terbaik untuk aku dan orang orang yg aku sayang.
Tapi semalam menitis airmata jugak la teringat kat Arwah Maa... Kalau arwah masih ada, aku nak minta sangat doa daripada dia. Semoga Almarhumah Che Nora bt Che Omar tenang di alam sana. Ore rindu Maa sangat sangat. Al Fatihah..

STATUS : MAMA ABAH for the rest of my life♥ 





